Hai uols...Harini nak share sikit tentang SKOLIOSIS.
Siapa tahu apa itu SKOLIOSIS??
APA ITU
SKOLIOSIS?
Skoliosis
ditakrifkan sebagai keadaan di mana tulang belakang seseorang membengkok dan
melengkung pada paksinya. Ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita iaitu
sebanyak 2 peratus berbanding lelaki hanya 0.5 peratus.
Skoliosis
terjadi pada sekitar 3% dari populasi, yang mempengaruhi lebih banyak perempuan
diri lelaki. Kebiasaannya berlaku pada remaja, dengan sekitar 80% dari pesakit
yang didiagnosis antara usia 10 dan 15 tahun.
Skoliosis
terbahagi kepada beberapa jenis termasuk:
1. Idiopathic (punca
tidak diketahui) Congenital (skoliosis
berlaku sejak di dalam rahim)
2. Neuromuscular (Kecacatan
saraf tunjang dan otot seperti Cerebral palsy, muscular dystrophy)
3. Tumour (ketumbuhan
pada saraf atau tulang belakang)
4. Infection (jangkitan
kuman, contohnya tuberculosis)
5. Metabolic (gangguan
proses bahan kimia dalam badan contohnya osteoporosis, Ricket)
6. Mesenchymal
disorders (gangguan sel tisu badan contohnya Marfan syndrome, Ehler-Danlos
syndrome)
7. Traumatic (kecederaan)
8. Degenerative (De
Novo Scoliosis)
‘Idiopathic
Scoliosis’ merupakan kes skoliosis yang paling dijumpai, diikuti dengan
‘Degenerative Scoliosis (De Novo Scoliosis)’ dan ‘Congenital Scoliosis’.
Untuk
pengetahuan anda, ‘Idiopathic Scoliosis’ ini dibahagikan kepada tiga kumpulan
berdasarkan kepada umur pesakit semasa masalah ini dikesan.
1. Infantile
Idiopathic Scoliosis adalah skoliosis yang dikesan ketika bayi lahir
sehingga mereka berusia 3 tahun.
2. Juvenile adalah
skoliosis yang dikesan pada umur 3 hingga 10 tahun.
3. Adolescent adalah
skoliosis yang dikesan pada umur 10 tahun ke atas.
Adolescent
Idiopathic Scoliosis (AIS) merupakan kumpulan skoliosis yang paling
kerap ditemui.
APAKAH
TANDA-TANDA SKOLIOSIS
1. Bahu tinggi
sebelah
2. Kepala tak
lurus dengan badan
3. Badan
sebelah belakang bonggol sedikit
4. Tulang
belakang yang membengkok nampak dengan jelas
5. Pinggang dan
pinggul tinggi sebelah
6. Bentuk badan
nampak tak normal
7. Jarak antara
tangan dengan trunk tak sama
KENAPA BERLAKU?
1. Tidak
diketahui
2. Keturunan/genetik
3. Masalah
Saraf Otak
4. Ketumbuhan
5. Cerebral
Palsy
6. Masalah
kolagen
7. Hormon tidak
stabil
8. Jatuh
(kemalangan kecil atau besar)
9. Faktor
mekanikal (seperti membawa beg yang berat untuk jangka masa yang panjang)
Pada
kebiasaanya, skoliosis disedari oleh ibubapa atau saudara-mara pesakit. Pesakit
sendiri kebiasaannya tidak menyedari mereka mempunyai masalah tulang belakang.
Apabila pesakit tampil dengan masalah ini, doktor akan bertanya beberapa soalan
yang dapat memberi maklumat penting tentang sebab terjadinya skoliosis seperti
usia ketika pertama kali datang haid, sejarah skoliosis dalam keluarga, rasa
kebas atau lemah pada kaki, kesukaran pernafasan, serta masalah membuang air
besar dan kecil.
Menurut kajian,
wanita yang mengalami skoliosis didapati lebih berisiko untuk mempunyai
magnitud lengkungan tulang belakang yang lebih teruk berbanding lelaki. Antara
faktor lain yang menghasilkan magnitud lengkungan yang besar adalah ketika
pesakit menempuh usia akil baligh (puberty) dan bagi pesakit yang mempunyai
magnitud skoliosis yang besar pada masa ia mula dikesan.
BAHAYA KE
SCOLIOSIS NI?
Bagi
kita yang tidak mengalami penyakit skoliosis ini mungkin tidak rasa bahaya
sangat. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja dapat merasainya. Pesakit scoliosis ini akan sentiasa berasa cepat
penat dan lenguh-lenguh pada bahagian belakang jika berdiri, duduk Jika dibiarkan
lebih lama tanpa sebarang rawatan, tulang belakang akan semakin membengkok.
Apabila
tulang belakang membengkok melebihi 50 darjah akan menyebabkan tulang rusuk
akan berubah bentuk dan menghimpit paru-paru lalu akan menyebabkan pesakit
sukar untuk bernafas dan kemungkinan juga akan menyebabkan masalah dengan
jantung.
PEMERIKSAAN
Doktor
akan membuat pemeriksaan teliti termasuk ‘Adam forward bending test’ di mana
doktor akan berdiri di belakang pesakit dan pesakit akan diminta bongkok ke
hadapan. Tujuannya untuk mengesan ketidakseimbangan tulang skapula pesakit (Scapular
hump). Pemeriksaan ini juga digunakan bagi melihat sama ada kebengkokkan tulang
belakang pesakit itu keras (rigid) atau fleksibel. Ia amat penting untuk
menentukan jenis rawatan yang akan diberikan. Pemeriksaan lain termasuk
pemerhatian keadaan pesakit ketika berjalan, memeriksa keseimbangan tulang bahu
dan pinggul (shoulder and pelvic balance) serta pemeriksaan saraf (neurological
assessment).

Pemeriksaan
X-ray pula penting bagi mengetahui tahap skoliosis yang dialami pesakit. Secara
lazimnya x-ray dilakukan ke atas keseluruhan tulang belakang termasuk tulang
pinggul pesakit. Pemeriksaan x-ray dapat menentukan kedudukan Apeks
(tempat tulang belakang yang paling bengkok), arah kebengkokkan serta mengira
magnitud darjah kebengkokkan dengan menggunakan ‘Cobb’s angle’.
X-ray
pinggul pula diambil untuk menentukan tahap kematangan tulang pesakit (Risser
staging) bagi menjangka sama ada darjah kebengkokkan skoliosis pesakit akan
bertambah teruk pada kadar yang pantas atau sebaliknya.
Sekiranya
terdapat tanda-tanda kerosakan saraf seperti simptom lemah atau kebas
pada kaki, atau kegagalan mengawal pencerut najis atau kencing, doktor mungkin
perlu membuat pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging) bagi memastikan
keadaan saraf tulang belakang.
RAWATAN
Secara
keseluruhannya, rawatan bagi skoliosis merangkumi penggunaan tiga ‘O’
1.‘Observation’ (pemerhatian)
2.Operation’ (pembedahan)
3.‘Orthosis’ (pengunaan alat sokongan
dengan tujuan pembetulan tulang yang membengkok atau melengkung)
Secara
amnya, skoliosis dengan magnitud kurang daripada 20 darjah tidak memerlukan
sebarang rawatan yang spesifik. Temujanji untuk rawatan susulan setiap 6-12
bulan akan diberikan untuk pemeriksaan lanjut dan x-ray.
Pembedahan
mungkin perlu dilakukan bagi pesakit remaja yang mempunyai skoliosis melebihi
40 darjah, skoliosis tulang torasik melebihi 30 darjah (boleh menganggu fungsi
paru-paru dan jantung) serta skoliosis yang melebihi 50 darjah pada pesakit
dewasa.
Pembedahan
biasanya melibatkan prosedur menstabilkan tulang belakang melalui pembedahan
depan atau belakang (anterior or posterior instrumentation) atau kedua-duanya
sekali dengan menggunakan implant serta tulang tambahan (bone graft).
Kebengkokkan akan cuba dibetulkan sehingga hampir menyamai tulang belakang yang
normal. Namun ianya agak berisiko yang mana kesan sampingannya lebih tinggi
kepada mereka yang lebih berusia. Malahan Kos pembedahan juga sangat tinggi.
Bagi
skoliosis dengan magnitud 20-40 darjah, ia biasanya dirawat dengan ortosis atau
‘bracing’. Rawatan ini bergantung kepada umur serta tahap kematangan tulang
pesakit (Risser staging). Ortosis tidak sesuai digunakan untuk masalah tulang
belakang yang telah matang (mature spine), magnitud melebihi 40 darjah dan juga
dalam kes-kes tulang torasik yang melengkung ke belakang (thoracic
lordosis).
Faktor
yang amat penting bagi rawatan dan pemakaian bracing ini ialah kerjasama
daripada pesakit. Sesetengah ortosis memerlukan pesakit memakainya selama 23
jam setiap hari. Pesakit hanya boleh menanggalkannya ketika mandi. Tanpa
kerjasama dari pesakit, rawatan pasti tidak akan berjaya. Kebanyakkan yang
mengunakan Bracing ini akan berasa kurang selesa kerana ia membataskan
pergerakan harian.
Selain daripada
itu kos untuk satu bracing ini menelan belanja yang agak besar juga. Ia mungkin
tidak membebankan kepada keluarga yang berada tetapi bagi golongan sederhana
harus berfikir beribu kali.
Dengan
hanya menukar pakaian dalam tanpa perlu berbelanja besar untuk menempah alat
penyokong tulang belakang lagi, ianya dapat membantu pesakit scoliosis untuk
meneruskan hidup seperti orang biasa.
‘MACAM MANA PREMIUM BEAUTIFUL CORSET
DAPAT MEMBANTU MEYOKONG TULANG BELAKANG PESAKIT SCOLIOSIS?’
Premium
Beautiful Corset ini telah mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Pakar
Tulang Belakang dari Amerika, Canada dan Cuebec yang mana memang terbukti
keberkesanannya dalam merawat dan memperbaiki postur badan si pemakai.
Premium
Beautiful Corset ni terbahagi kepada 3 bahagian yang penting,
1. Long Bra
(LB),
2. Waist Nipper
(WN)
3. Long Girdle
(LG)
Setiap bahagian
mempunyai kepentingan yang tersendiri, kalau perempuan wajib pakai 3 set ni
sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk mendapat kesan yang optimum, kalau lelaki
pula boleh memakai waist nipper.
Part yang
paling penting untuk pesakit scoliosis adalah waist nipper, sebab apa?
1. Mempunyai 7
batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang
belakang, seterusnya memperbaiki postur badan.
2. Reka bentuk
ergonomi yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian
dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur badan yang menarik.
3. Benang yang
diimport dari Jepun membantu membentuk kontur badan yang menarik.
4. Reka
bentuknya yang fleksible dapat memberi kesan yang memuaskan berdasarkan bentuk
badan seseorang.
5. Terdapat 3
pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
Ramai penderita scoliosis yang telah
memilih Premium Beautiful Corset untuk tampil lebih sihat dan tidak meyakitkan.
Kesimpulannya,
sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang mengalami skoliosis,
nasihatkan mereka supaya segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
lanjut. Lebih awal ia dikesan, maka lebih besar kemungkinan rawatan pembedahan
dapat dielakkan.
TESTIMONI
Testimoni
fresh dari oven di mana penggunanya adalah di kalangan team kami iaitu Top
leaders Circle. Pada asalnya cuma untuk hilangkan sakit belakang. Rupanya sakit
belakang yang beliau rasa tu adalah sebab beliau ada Scoliosis. Langsung tak
sedar!!!
Alhamdulillah
sedar awal di mana masih diperingkat permulaan. Disamping proses fisioterapi,
beliau mengamalkan pemakaian Premium Beautiful Corset secara Konsisten.
InsyaAllah dapat betulkan semula tulang belakang yang bengkok disamping
menyokongnya.
Dapatkan Premium Beautiful Corset
anda sekarang.
Hubungi Ayu untuk ukuran yang
tepat dan juga cara pakai yang betul.
Let me measure you !
Your Premium Beautiful Expert Malaysia
Ayu
+6013572730
Johor Bahru Johor
#PremiumBeautifulMurah
#PremiumBeautifulPromo
#PremiumBeautifulAnsuran
#RawatanSlipDisc
#RawatanSkoliosis
#RawatanAlternatif
#PremiumBeautifulseluruhmalaysia
#PBExpert
#TopLeaderCircle
#PremiumBeautifulExpertJB
#PBlelongJB
#PBMurahJB
#PremiumBeautifulMurahJB
#PremiumBeautifulCorsetJB
#HargaPromosiPremiumBeautifulJB
#PremiumBeautifulMalaysia
www.nurhidayuazli.blogspot.com